Tuesday, December 15, 2009

Syukur Alhamdulillah...

Salam sejahtera...

Hrm, kali ni nak kongsi serba sedikit pengalaman yang aku lalui baru-baru ni. Pengalaman ini benar-benar menginsafkan aku. Allah itu Maha Besar... Maha Mengetahui... Maha Agung... Maha Pengasih lagi Maha Penyayang... Alhamdullillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam...

Alhamdulillah... peristiwa ni berlaku semasa aku berniat untuk balik ke kampung halaman.. menjenguk ayahanda, bonda, saudara mara dan sahabat handai (cheewah macam cerita zaman bangsawan dulu-dulu pulak..hehe!) sempena menyambut Hari Raya AidilAdha. Aku memang lama dah tak balik, jadi sedikit teruja sebab nak jumpa anak saudaraku yang makin tembam tu.. Muhammad Ilham Haikal... Lagi satu yang buat teruja sebab nak bawa balik WTD aku tu.. Hehe..

Rancangan asal kawan aku nak ikut balik sama beraya, tapi last minute dia cancel pulak.. Aku redha je la.. kereta kosong, ajak la makcik aku yang duk kat Klang join sekali. So, aku jadi balik dengan makcik dan adik aku yang tengah study kat UKM. Redha je la, walaupun kewangan untuk minyak dan tol semasa perjalanan nanti cukup-cukup bajet je.. huhu. Tapi tak apa, niat mesti betul... InsyaAllah, Allah akan tolong... ku pujuk hatiku sendiri.

Esoknya nak bertolak balik, kawan aku yang tak jadi ikut balik tadi, tiba-tiba cakap ngan aku, jadi pulak nak ikut... hrm, xpe la... lega sikit hati ni, bertambah peneman dan yang pastinya dia akan jadi driver bertauliah aku.. hehe. Alhamdulillah!

Aku sungguh kagum dengan kekuasaan Allah bila sampai je rumah makcik kat Klang, makcik aku tawarkan gunakan kad kredit dia untuk bayar harga minyak kereta... Alhamdulillah, masa-masa tak berapa berduit ni, bagus jugak ada kad kredit. Masa kecemasan boleh guna... Aku niatkan dalam hati nak bayar balik amaun yang aku guna tu... tak nak susahkan makcik. Aku betul-betul bersyukur kerana aku tahu Allah telah menolong aku dengan cara yang aku sendiri tak pernah terfikir. Terima kasih Ya Allah! Engkau telah mempermudahkan segala urusanku untuk kembali ke kampung halaman dengan selamat... dapat la jumpa Haikal yang dah mula bertatih.

Kini, aku memang mengakui... dalam apa jua pekerjaan yang kita lakukan, niat mesti telus dan benar. Walau sesulit mana kesusahan yang terpaksa ditempuh, InsyaAllah... kita tidak akan keseorangan, Allah sentiasa ada... Yang pasti Dia yang Maha Mengetahui niat di sebalik sekeping hati milik kita. Buat kesekian kalinya... Alhamdulillah, aku amat-amat bersyukur dengan apa saja anugerah yang telah Engkau kurniakan kepadaku Ya Allah! Terima kasih... moga aku sentiasa menjadi umatMu yang selalu bersyukur.. Amin!

Iman & Haikal...


Cerianya die...

Bucuk2 dah ngantuk...

No comments:

Post a Comment