Thursday, May 26, 2011

Bilik Baru Di Pejabat

Hrm.. apa ye nak ku ceritakan hari ini.. Hari ni, ok je baik di rumah mahu pun di tempat kerja. Allah permudahkan segalanya. Esok aku kena berhempas pulas mengemas bilik di tempat kerja, al maklumlah, dah dapat bilik sendiri. Hrm, nanti tak jumpa orang dah.. duk mengadap komputer je jawabnya.. Huhu.. Esok kemas apa yang patut. Biar bersih dan cantik bilik aku tu.. Hehe... =)

Tuesday, May 24, 2011

Hujan Rahmat DariNya...

Tika dan saat ini, aku masih di pejabat.. tak mampu meredah hujan yang mencurah-curah bukti kekuasaan Yang Maha Kuasa. Alhamdulillah, bumi ini dibasahi hujan lagi... Walau pun tengahari tadi hujan telah turun, memaksa ku berlari-lari anak untuk ke kedai makan berhampiran tempat kerja. Terima kasih Ya Allah... moga rahmatMu sentiasa mengiringi kehidupan kami... hanya rahmatMu kami mohon untuk meneruskan kehidupan ini.. Ampunkan segala dosa-dosaku Ya Allah... akan ku tunggu hujan itu berhenti dan semoga rahmatMu itu datang lagi mengiringi kehidupan kami.... lantas selalu menyedarkan aku tentang erti S.Y.U.K.U.R... Alhamdulillah!

Daku Ke Udara Lagi..

Hehe.. ntah pape ntah.. maklumlah, dah lama tak menjenguk ke blog daku yang hampir pupus ni.. ntah la, kurang mood sebelum ni untuk update blog. Hari ni tetiba je rajin, mungkin sbb dah tak tahu dah nak wat apa.. Sungguh dasyat ku rasakan diriku ini, klau nak dikira, sepanjang tahun 2010, aku memang tak update apa-apa pun kat blog yang usang ini.. mungkin seusang tuannya.. huhu.. sabo je la.. Tapi tak apa, tahun ini akan ku update blog ni selagi boleh.. Kalau orang lain tak nak baca pun tak pe, biar aku sorang je baca.. untuk kenangan dan ingatan sepanjang perjalanan kehidupan yang tidak ku tahu penghujungnya.. InsyaAllah, doaku moga kehidupan kita semua akan sentiasa dalam lindunganNya... Amin =)