Thursday, May 26, 2011

Bilik Baru Di Pejabat

Hrm.. apa ye nak ku ceritakan hari ini.. Hari ni, ok je baik di rumah mahu pun di tempat kerja. Allah permudahkan segalanya. Esok aku kena berhempas pulas mengemas bilik di tempat kerja, al maklumlah, dah dapat bilik sendiri. Hrm, nanti tak jumpa orang dah.. duk mengadap komputer je jawabnya.. Huhu.. Esok kemas apa yang patut. Biar bersih dan cantik bilik aku tu.. Hehe... =)

Tuesday, May 24, 2011

Hujan Rahmat DariNya...

Tika dan saat ini, aku masih di pejabat.. tak mampu meredah hujan yang mencurah-curah bukti kekuasaan Yang Maha Kuasa. Alhamdulillah, bumi ini dibasahi hujan lagi... Walau pun tengahari tadi hujan telah turun, memaksa ku berlari-lari anak untuk ke kedai makan berhampiran tempat kerja. Terima kasih Ya Allah... moga rahmatMu sentiasa mengiringi kehidupan kami... hanya rahmatMu kami mohon untuk meneruskan kehidupan ini.. Ampunkan segala dosa-dosaku Ya Allah... akan ku tunggu hujan itu berhenti dan semoga rahmatMu itu datang lagi mengiringi kehidupan kami.... lantas selalu menyedarkan aku tentang erti S.Y.U.K.U.R... Alhamdulillah!

Daku Ke Udara Lagi..

Hehe.. ntah pape ntah.. maklumlah, dah lama tak menjenguk ke blog daku yang hampir pupus ni.. ntah la, kurang mood sebelum ni untuk update blog. Hari ni tetiba je rajin, mungkin sbb dah tak tahu dah nak wat apa.. Sungguh dasyat ku rasakan diriku ini, klau nak dikira, sepanjang tahun 2010, aku memang tak update apa-apa pun kat blog yang usang ini.. mungkin seusang tuannya.. huhu.. sabo je la.. Tapi tak apa, tahun ini akan ku update blog ni selagi boleh.. Kalau orang lain tak nak baca pun tak pe, biar aku sorang je baca.. untuk kenangan dan ingatan sepanjang perjalanan kehidupan yang tidak ku tahu penghujungnya.. InsyaAllah, doaku moga kehidupan kita semua akan sentiasa dalam lindunganNya... Amin =)

Tuesday, December 15, 2009

Syukur Alhamdulillah...

Salam sejahtera...

Hrm, kali ni nak kongsi serba sedikit pengalaman yang aku lalui baru-baru ni. Pengalaman ini benar-benar menginsafkan aku. Allah itu Maha Besar... Maha Mengetahui... Maha Agung... Maha Pengasih lagi Maha Penyayang... Alhamdullillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam...

Alhamdulillah... peristiwa ni berlaku semasa aku berniat untuk balik ke kampung halaman.. menjenguk ayahanda, bonda, saudara mara dan sahabat handai (cheewah macam cerita zaman bangsawan dulu-dulu pulak..hehe!) sempena menyambut Hari Raya AidilAdha. Aku memang lama dah tak balik, jadi sedikit teruja sebab nak jumpa anak saudaraku yang makin tembam tu.. Muhammad Ilham Haikal... Lagi satu yang buat teruja sebab nak bawa balik WTD aku tu.. Hehe..

Rancangan asal kawan aku nak ikut balik sama beraya, tapi last minute dia cancel pulak.. Aku redha je la.. kereta kosong, ajak la makcik aku yang duk kat Klang join sekali. So, aku jadi balik dengan makcik dan adik aku yang tengah study kat UKM. Redha je la, walaupun kewangan untuk minyak dan tol semasa perjalanan nanti cukup-cukup bajet je.. huhu. Tapi tak apa, niat mesti betul... InsyaAllah, Allah akan tolong... ku pujuk hatiku sendiri.

Esoknya nak bertolak balik, kawan aku yang tak jadi ikut balik tadi, tiba-tiba cakap ngan aku, jadi pulak nak ikut... hrm, xpe la... lega sikit hati ni, bertambah peneman dan yang pastinya dia akan jadi driver bertauliah aku.. hehe. Alhamdulillah!

Aku sungguh kagum dengan kekuasaan Allah bila sampai je rumah makcik kat Klang, makcik aku tawarkan gunakan kad kredit dia untuk bayar harga minyak kereta... Alhamdulillah, masa-masa tak berapa berduit ni, bagus jugak ada kad kredit. Masa kecemasan boleh guna... Aku niatkan dalam hati nak bayar balik amaun yang aku guna tu... tak nak susahkan makcik. Aku betul-betul bersyukur kerana aku tahu Allah telah menolong aku dengan cara yang aku sendiri tak pernah terfikir. Terima kasih Ya Allah! Engkau telah mempermudahkan segala urusanku untuk kembali ke kampung halaman dengan selamat... dapat la jumpa Haikal yang dah mula bertatih.

Kini, aku memang mengakui... dalam apa jua pekerjaan yang kita lakukan, niat mesti telus dan benar. Walau sesulit mana kesusahan yang terpaksa ditempuh, InsyaAllah... kita tidak akan keseorangan, Allah sentiasa ada... Yang pasti Dia yang Maha Mengetahui niat di sebalik sekeping hati milik kita. Buat kesekian kalinya... Alhamdulillah, aku amat-amat bersyukur dengan apa saja anugerah yang telah Engkau kurniakan kepadaku Ya Allah! Terima kasih... moga aku sentiasa menjadi umatMu yang selalu bersyukur.. Amin!

Iman & Haikal...


Cerianya die...

Bucuk2 dah ngantuk...

Monday, December 14, 2009

Monday, December 7, 2009

Hari ini..



Salam...

Hrm...org kata tak baik selalu mengeluh. Tapi tak tahulah mengapa hari ni rasa semacam je, seperti ada benda yang menyesakkan dada. Tapi aku tak tahu kenapa mesti aku rasa begitu. Sedihkah aku? Rindukah aku? Terkilankah aku? Kecewakah aku? Kesalkah aku? Aku tak pasti apa yang ku rasa ketika ini, namun yang pasti... aku tak merasai perasaan gembira...

Mungkin aku rindu kepada seseorang... Seseorang yang telah pergi jauh dari hidupku. Tapi tak mengapalah, dia dah punyai kehidupan dia sendiri, mungkin lebih sempurna dan bahagia tanpa aku di sisi. Mungkin juga aku terkilan dengan sikap insan-insan di sekelilingku... Insan yang kadang-kala membawa kebahagiaan, namun kadang-kala juga meresahkan hati ini. Mungkin ya dan mungkin juga tidak. Hrm... keluhan lagi terpaksa aku lepaskan. Ampunkan aku Ya Allah! Bukan aku tidak redha dengan apa sahaja yang telah Engkau rencanakan dalam hidupku ini tetapi hambaMu ini serba dhaif, memiliki serba kekurangan... Keluhan tadi bukan untuk menyesali apa yang terjadi tetapi sekadar penawar untuk aku tidak terus hanyut dalam kesedihan dan kekecewaan pada masa lalu.. Ampunilah aku Ya Allah!

Ya Allah! Lenyapkanlah rasa gundah ini, hadirkanlah rasa bahagia kerana aku masih mempunyaiMu walaupun mungkin seluruh alam tidak mampu menemani kekosongan hatiku nanti... Allah.. Allah.. Ya Allah! Aku cinta padaMu Ya Allah! Ampunilah atas segala dosa-dosaku selama ini... Kabulkanklah segala doa-doaku. Amin, Ya Rabbal Alamin...

Thursday, December 3, 2009

Salam...




Sekadar coretan, blog ini aku dedikasikan kepada kita semua... segalanya adalah tentang kehidupan yang penuh dengan cinta, kasih sayang dan juga kesedihan... Itulah kehidupan... Moga Allah mengiringi hidup kita walau dalam apa keadaan sekalipun... Kerana Dia maha Mengetahui... Apa yang terbaik buat diri kita... Amin!